fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan berkurangan

FOTO BOMBA

PASIR MAS, 28 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan sedikit menurun apabila seramai 438 orang daripada 137 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 11.00 malam tadi.

Ia membabitkan dua daerah yang dilanda banjir iaitu Pasir Mas dan Bachok. 

EmpaT PPS yang masih beroperasi adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, PPS SK Tok Deh dan PPS SK Kedai Tanjung.

Menurut portal InfoBencanaBanjirJKM, PPS SK Tok Deh di daerah Pasir Mas merekodkan penduduk terjejas paling ramai dipindahkan iaitu melibatkan 238 penduduk daripada 82 keluarga.

SITI AISHAH BINTI MD ISA