fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Johor kekal, Sarawak meningkat

FOTO INFOBENCANAJKM

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Bilangan penduduk terjejas banjir sedikit meningkat kepada 494 orang berbanding 484 orang tengah hari tadi selepas Sarawak merekodkan peningkatan penduduk pada petang ini.

Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan Sarawak mencatatkan seramai 429 orang daripada 139 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 4.00 petang tadi.

Daerah Betong melibatkan 374 orang daripada 112 keluarga di dua PPS, manakala 55 orang daripada 27 keluarga di satu PPS bagi daerah Bintulu.

Sementara itu, Johor kekal merekodkan 65 penduduk daripada 19 keluarga yang masih berlindung dekat dua PPS di daerah Segamat.

SITI AISHAH BINTI MD ISA