fb fb fb fb fb

Banjir Pantai Timur: sektor pertanian dianggarkan rugi setengah juta

PUTRAJAYA, 3 Mac- Sebanyak RM500,000 kerugian dianggarkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, perusahaan sawah padi merupakan antara sub sektor yang teruk terjejas diikuti beberapa sektor agro makanan yang lain.

Beliau berkatanilai sebenar kerugian bagaimanapun sedang dikenal pasti.

"Banjir di Kelantan dan Terengganu, kita sedang mengemas kini data kerosakan dalam sektor agromakanan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10 di Putrajaya.

Majlis itu melibatkan 1,712 graduan yang telah menamatkan pengajian di 14 institusi latihan kendalian MAFI bagi 2020 dan 2021.

Tambah Ronald, MAFI telah menyalurkan bantuan berjumlah RM22 juta kepada sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir pada Disember lepas, meliputi bantuan untuk memulakan perusahaan. 


(Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10 di Putrajaya)

Media Baharu