fb fb fb fb fb

BANJIR MELAKA: KASA diminta peruntuk RM1.08 billion

AYER KEROH, 1 Mac - Kerajaan Negeri Melaka memohon peruntukkan RM1.08 billion daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri itu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata peruntukan itu termasuk untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Melaka Fasa 2 bernilai RM1 billion, RTB Sungai Putat sebanyak RM50 juta dan RTB Sungai Durian Tunggal sebanyak RM30 juta.

( Antara Kawasan yang terjejas banjir di sekitar Melaka)

Beliau berkata, pelan tersebut akan menyediakan satu perancangan holistik sistem perparitan di ketiga-tiga daerah berkenaan bagi memudahkan setiap agensi membuat perancangan bagi tujuan pembangunan.

Beliau juga optimis dua projek iaitu RTB Sungai Putat dan Sungai Durian Tunggal akan diluluskan.

"Di sungai Putat kita akan lakukan pembesaran kolam takungan sedia ada termasuk pengambilan tanah agar kolam takungan tersebut lebih besar" Kata Rahmad Mariman selepas Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15, di sini.

Dalam pada itu, sebanyak 296 projek mitigasi banjir dibangunkan di negeri itu bagi mengatasi masalah banjir luar jangka.

"Ia melalui peruntukan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan yang akan disiapkan menjelang September depan," katanya.

Media Baharu