fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 16,031

Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir meningkat kepada 16,031 orang berbanding 15,770 orang setakat pukul 12 malam tadi.

KUALA LUMPUR, 29 Disember - Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir meningkat kepada 16,031 orang berbanding 15,770 orang setakat pukul 12 malam tadi.

Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu turut dibuka menjadikan keseluruhannya 64 PPS.

Menurut Portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penduduk terjejas banjir meningkat di dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang.

Manakala Terengganu berkurangan dan Johor kekal.

Di Kelantan, penduduk terjejas meningkat daripada 14,641 kepada 15,016 orang manakala di Pahang, jumlah penduduk yang terjejas meningkat daripada 120 orang kepada 138 orang.

Terengganu menunjukkan trend penurunan di mana jumlah penduduk terjejas yang direkodkan iaitu daripada 954 orang kepada 822 orang.

Sementara itu di Johor, jumlah penduduk yang terjejas kekal seramai 55 orang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN