JOHOR BAHRU, 30 Januari - Penduduk terjejas banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan walaupun keadaan cuaca masih tidak menentu.
Sehingga pukul 12 tengahari ini, seramai 2,863 penduduk daripada 758 keluarga masih berlindung di 29 (PPS).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, hanya lima daerah masih terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat.
Daerah Tangkak pulih sepenuhnya selepas PPS terakhir beroperasi di Balai Raya Kampung Durian Chondong ditutup tengah hari tadi.