fb fb fb fb fb

Banjir di Sabah, Sarawak semakin pulih

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Februari-Situasi banjir di Sabah menunjukan perkembangan positif dengan jumlah penduduk terjejas yang ditempatkan di pusat Pemindahan sementara (PPS) semakin berkurang.

Setakat pukul 7.00 pagi tadi, Info Bencana JKM memaklumkan sebanyak 1,408 penduduk terjejas dilaporkan masih berlindung di lapan buah PPS di empat buah daerah.

Daerah Pitas masih mencatatkan angka penduduk terjejas tertinggi dengan 742 orang melibatkan 274 keluarga di empat PPS.

Daerah Lahad Datu, pula merekodkan 520 penduduk terjejas di dua PPS.

Manakala daerah Beaufort pula merekodkan 110 mangsa dengan hanya satu PPS dibuka.

Daerah Paitan merekodkan 36 penduduk terjejas dengan satu PPS masih dibuka.

Sementara itu, bilangan penduduk terjejas banjir di Sarawak semakin pulih dengan 11,574 penduduk terjejas masih berlindung di 59 buah PPS melibatkan enam daerah.

Bintulu merekodkan 5,223 penduduk terjejas di sembilan PPS.

Serian merekodkan 2,596 penduduk terjejas melibatkan 793 mangsa.

Samarahan merekodkan 2,122 penduduk terjejas dengan 14 PPS dibuka.

Sibu, 1,193 penduduk terjejas masih berlindung di enam buah PPS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD