fb fb fb fb fb

Banjir di Perak hampir pulih, 1 PPS masih dibuka

Foto Fail: BERNAMA

IPOH, 24 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus berkurangan malam ini dengan 17 orang daripada tiga keluarga masih berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak, berbanding 48 orang daripada 12 keluarga di tiga PPS, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan PPS Dewan MPTI Langkap di Hilir Perak dan Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor di Perak Tengah telah ditutup petang tadi selepas kesemua yang terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

"Kesemua 17 orang daripada tiga keluarga di Hilir Perak itu berlindung di Dewan Serbaguna Chikus.

"Mereka adalah penduduk dari Kampung Sungai Tungku, Kampung Parit 12, Kunci Air 4 serta Kampung Permatang Pelanduk yang ditempatkan di PPS itu sejak seminggu lepas,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI