fb fb fb fb fb

Banjir di Baling: 7 PPS masih dibuka

Foto APM

BALING, 4 Oktober - Sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di daerah Baling Kedah dengan menempatkan 214 penduduk terjejas banjir yang terdiri daripada 67 keluarga.

Timbalan Pengarah Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata mukim terjejas Mukim Siong, Mukim Bakai, Mukim Pulai dan Mukim Teloi Kanan.

"PPS  dibuka di Sekolah  Kebangsaan (SK)  Siong SK Seri Bayu , SK Tanjung Pari dan Dewan Kampung Banggol Deram." kata Suhaimi menerusi satu kenyataan.
 
Turut dibuka PPS di Surau Kampung Lahar,Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Parit Panjang dan Surau Al Barakah Tembak.

TETITIA YUSOFF