fb fb fb fb fb

Banjir: 20 PPS daerah Raub ditutup

Foto RTM

RAUB, 3 Disember-Kesemua 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Raub ditutup sepenuhnya pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Manakala, PPS Sekolah Kebangsaan Teh di Jerantut ditutup pada pukul 12.00 tengah hari.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan, seramai 1,847 penduduk terjejas di Raub dan 13 penduduk di Jerantut telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, PPS Balai raya Kampung Lentang, Lipis; masih dibuka dengan menempatkan 13 penduduk terdiri daripada empat keluarga.

Meskipun banjir sudah surut, namun katanya, keadaan akan terus dipantau memandangkan tempoh Fasa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berterusan hingga Mac 2025.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) juga akan terus dibuka di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tujuan pemantauan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD