fb fb fb fb fb

Bangunan Pertubuhan Peladang Kuala Kangsar terbakar

Foto Ihsan JBPM

KUALA KANGSAR, 4 Disember- Sebuah bangunan tiga tingkat Pertubuhan Peladang di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar terbakar dalam kejadian malam tadi.

Kebakaran yang berlaku bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.41 malam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu BBP Sungai Siput dan Meru Raya kemudian digerakkan ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi mendapati bangunan tersebut sedang terbakar 30% di tingkat bawah bahagian penyimpanan baja dan racun.

Proses 'overhaul' sedang dilaksanakan oleh JBPM dan Pasukan Hazmat dari BBP Pasir Putih.

Bacaan indeks udara dikumpul dan pengungsian orang awam dilakukan pada jarak 100 meter.

Terdapat sedikit letupan di peringkat awal kebakaran kerana dipercayai terdapat bahan-bahan pertanian seperti baja dan racun yang tersimpan di premis berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM