fb fb fb fb fb

ATM gagalkan cubaan seludup minuman keras di Ba'Kelalan

FOTO ATM

BA'KELALAN, 15 April- Tentera Darat Malaysia TDM berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan minuman keras di sektor Op JAGAKAWAN, Ba'Kelalan semalam.

Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat memaklumkan sepasukan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat yang sedang melaksanakan penugasaan rondaan di Kampung Punang Kelalan, Ba'Kelalan pada pukul 6.00 petang telah menjumpai bungkusan hitam yang mencurigakan pada jarak 500 meter dari sempadan Indonesia.

Hasil pemeriksaan mendapati empat karton minuman keras jenama Golden, dua karton munuman keras jenama Carlsberg dan dua karton minuman keras jenama Tiger yang dianggarkan bernilai RM1,200.

Laporan polis telah dibuat di pondok polis Ba'Kelalan dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE