fb fb fb fb fb

Aspirasi Stong Geopark, berpotensi diiktiraf Geopark Kebangsaan pertama Kelantan

KUALA KRAI, 9 Jun- Aspirasi Stong Geopark (ASG) berpotensi untuk diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pertama di Kelantan pada tahun ini

Ini kerana ia memiliki keunikan geologi dan landskap perbukitan batu kapur yang dilitupi ekosistem tumbuhan berbeza.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihaknya memperuntukkan RM300,000 di bawah Program Pemerkasaan Eko pelancongan Sumber Asli ke arah Pembangunan Ekonomi Setempat tahun 2022 bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenal pasti untuk mempromosikan kawasan berkenaan.

"Pentingnya geopark ini adalah kerana kerajaan kita terutamanya mempunyai tanggungjawab sosial yang besar untuk memastikan kelestarian alam sekitar, kita perlu memelihara alam sekitar dan juga sumber - sumber semulajadi, sumber asli kita," katanya.

Beliau ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke ASG di Dabong, Kuala Krai.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata kajian yang dimulakan sejak 2019 telah mengenal pasti tapak-tapak warisan geologi, biologi, sejarah pembentukan batuan dan fitur geologi terutamanya rejahan beberapa siri batuan igneus yang dikenali sebagai Kompleks Stong.

Ia sekaligus melayakkan ASG untuk dinilai sebagai Geopark Kebangsaan.


(Datuk Seri Takiyuddin Hassan (tengah) pada sesi lawatan kerja ke ASG di Dabong, Kuala Krai)

Media Baharu