fb fb fb fb fb

PM puji pemimpin belia ASEAN ketengah isu kemiskinan

(Anwar Ibrahim)

LABUAN BAJO, 11 Mei-  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ASEAN tidak boleh membiarkan isu peminggiran dan kemiskinan terus diketepikan, sebaliknya ia perlu diberi tumpuan agar masalah itu dapat diselesaikan. 

Jelasnya, sebarang transformasi di rantau tersebut perlu bersifat inklusif dan tidak mengetepikan mana-mana pihak.

Beliau turut memuji komitmen yang ditunjukkan pemimpin belia ASEAN dalam mengetengahkan isu tersebut yang seharusnya mendapat perhatian semua pihak 

"Saya kagum dengan komitmen dan kefahaman pemimpin belia kita (ASEAN) bahawa apa-apa transformasi mesti inklusif.

"Datang dari pengalaman saya semasa muda sebagai aktivisme pelajar, bahawa belia mesti menyatakan diri mereka dengan jelas dan penuh keberanian," katanya ketika berucap pada Perjumpaan Pemimpin ASEAN bersama Perwakilan Belia ASEAN di sini.

Tambahnya, gabungan idea golongan belia dan kebijaksanaan para pemimpin merupakan kombinasi terbaik untuk kemajuan ASEAN.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu