fb fb fb fb fb

ASEAN 2025 bantu lonjak Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI Tahun 2025 di Petronas Leadership Centre, Bangi, hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan). / Foto BERNAMA

BANGI, 22 Februari-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis, Pentas ASEAN 2025 mampu lonjak keupayaan negara sebagai destinasi pelaburan, perdagangan dan pelancongan.

Ke arah itu, sektor strategik Semikonduktor,Kecerdasan Buatan (AI), Pusat data, akan diberi tumpuan bagi terus memperkukuh ekonomi negara.

Fokus turut tertumpu untuk pemerkasaan tenaga baharu, pertanian dan teknologi.

"Kita bincang bagaimana kita kekalkan bidang semikonduktor, bagaimana kita teroka bidang AI dan data centre, bagaimana diperkukuh soal tenaga baru dan juga keperluan menekankan kepentingan pertanian, teknologi makanan termasuk apa yang diengkapkan sebagai keterjeminan makanan", katanya pada sidang media berhubung Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan beberapa cadangan telah dibentangkan dalam mesyuarat minggu lepas, bagi memastikan kerajaan mampu memberi yang terbaik sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat global.

Sebagai negara dagang, Malaysia harus mengambil peluang Kepengerusian ASEAN untuk meningkatkan lagi usaha dagang berikutan sidang ASEAN kali ini merupakan pertemuan pertama yang melibatkan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD