fb fb fb fb fb

Arus teknologi, ancaman terbaharu pihak berkuasa jejak sindiket edar dadah

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon

KAJANG, 2 Januari-Taktik pengedaran dadah seiring teknologi terkini, menjadi ancaman terbaharu kepada pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) membolehkan pembekal mengedar dadah secara meluas.

"Pembekal-pembekal di luar sana menggunakan teknologi semasa untuk membekalkan dadah. Mereka boleh menerima pesanan pembeli secara dalam talian."

Menurut perkongsian daripada bekas pelanggan (penagih dadah dalam rawatan) kita, mereka memaklumkan bahawa bekalan dadah itu mudah diperoleh tetapi sukar untuk dikesan," kata Sutekno kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2024 di Ibu Pejabat AADK, di sini.

Beliau menyatakan perkara itu berikutan pandangan penyelidik dan pakar di Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK 2023) pada Oktober lalu.

Sutekno menyarankan agar kerajaan mengambil inisiatif memperkasa penggunaan teknologi seperti AI dan pencetakan 3D dalam memantau dan mengawal permasalahan dadah di semua peringkat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM