fb fb fb fb fb

Anwar ucap tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi atas kemenangan pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin.

Anwar berharap agar pencapaian itu akan mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia-Mesir.

"Bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada @AlsisiOfficial atas kemenangan beliau dalam pilihan raya sebagai Presiden Mesir.

"Semoga pencapaian ini mampu mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang dikongsi antara negara dan rakyat kedua-duanya,” kata Anwar dalam hantaran beliau di laman X (Twitter), semalam.

Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan Mesir (NEA) pada Isnin mengumumkan bahawa penyandang Presiden iaitu Abdel-Fattah telah memenangi pilihan raya itu dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi.

TETITIA YUSOFF