fb fb fb fb fb

Anwar ucap Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu sempena 'Ugadi' atau Tahun Baharu Telugu yang disambut pada hari ini.

Menerusi platform Facebook, Anwar berharap sambutan berkenaan membawa kemuliaan dan kemakmuran kepada semua masyarakat tersebut.

"Semoga tahun baharu kali ini membawa lebih kemuliaan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.

"Sekali lagi, mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan Ugadi Subhakankshalu," kata Anwar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM