(Perdana Menteri dikalungkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas hari ini)
PUTRAJAYA, 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Anwar menerusi catatan Facebook berkata, pengisytiharan disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin.
“Saya mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Mudah-mudahan terus memberi sumbangan membina nilai murni kepada anak bangsa Malaysia,” katanya.
Persekutuan Pengakap Malaysia turut berbesar hati menganugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas kepada Perdana Menteri.
"Anugerah Bintang Semangat Padi Emas merupakan anugerah tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia dan hanya diberikan dalam kalangan pemimpin negara serta negeri," tambah beliau.
Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu Perdana Menteri adalah Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia.