fb fb fb fb fb

Anwar seru negara Islam terus pertahan Palestin

Foto Al Jazeera

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Malaysia menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin yang dirasakan merupakan satu ketidakadilan dan penindasan oleh pihak yang mempunyai kuasa besar.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia merupakan pengalaman ngeri pada zaman moden, di mana masyarakat antarabangsa yang berkuasa telah melakukan pembunuhan bayi dan wanita secara berleluasa.

Justeru, Malaysia telah melakukan pelbagai cara bagi menunjukkan sokongan dengan harapan kezaliman dapat dihentikan.

Anwar menyeru kepada semua kerajaan negara Islam agar terus membela nasib umat Islam yang ditindas di Palestin.

"Ini sebab mengapa rakyat Malaysia memberi sokongan tidak berbelah bahagi, Malaysia negara yang kecil. Dengan pencerobohan Israel, kami mengambil tindakan seboleh-bolehnya menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia. Ini sahaja cara kita boleh zahirkan sokongan kita," kata Anwar dalam Temu Bual Khas Perdana Menteri Bersama Al Jazeera.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM