fb fb fb fb fb

Anwar adakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Luar India

Foto FB DD India

NEW DELHI, 20 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar di sebuah hotel di New Delhi.

Perjumpaan tertutup itu turut disertai barisan delegasi kedua-dua negara.

Pertemuan berkenaan diadakan sebelum Anwar bertemu rakan sejawatnya, Narendra Modi.

Sebelum itu, beliau meletakkan kalungan bunga di Gandhi Smriti iaitu pusara Bapa Negara India, Mahatma Gandhi, yang disemadikan pada 31 Januari 1948.

BERITA BERKAITAN:

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM