KAHERAH, 10 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik Malaysia-Mesir.
Kedua-dua negara bersetuju memperkukuhkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik, menjadikan Mesir berpotensi menjadi rakan strategik pertama Malaysia di rantau ini.
Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu akan diperluas dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, kebudayaan, pertahanan, dan sektor-sektor baru seperti ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui.
"kita agak bertuah kerana Malaysia telah bergabung menjadi salah satu hab semikonduktor yang penting di rantau ini. Kita sepatutnya mampu untuk bekerjasama dalam bidang ini.
"Mesir, seperti yang diketahui, tanpa peranan penting dan tahap kebijaksanaan ilmiah yang tinggi, beberapa saintis dan sarjana terhebat yang dibanggakan dunia berasal dari Mesir.
"Saya fikir kita tidak patut mensia-siakan dan harus menggunakannya untuk manfaat kedua-dua negara," katanya dalam sidang media bersama-sama Presiden Mesir di sini.
Selain itu, Perdana Menteri juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Mesir dalam mempromosikan hubungan ASEAN-Mesir.
Bagaimanapun, kedua-dua negara juga bersatu mengecam kekejaman Israel serta menghargai bantuan Mesir dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza.