fb fb fb fb fb

Angkasapuri terima Anugerah Khas Datuk Bandar Kuala Lumpur 2025

Angkasapuri Kota Media / Foto RTM

KUALA LUMPUR ,12 November - Kompleks Angkasapuri Kota Media, mercu tanda penyiaran negara terus menyerlah apabila menerima Anugerah Pencahayaan Bangunan (Cemerlang) bagi Kategori Bangunan Kerajaan dan Institusi sempena Anugerah Khas Datuk Bandar Kuala Lumpur 2025.

Kompleks Angkasapuri  menerima Anugerah Pencahayaan Bangunan (Cemerlang) / Foto DBKL

Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan kepada usaha RTM dalam menonjolkan keindahan pencahayaan seni bina bangunan serta peranannya menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang hidup, ceria dan berwarna-warni, khususnya pada waktu malam.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen RTM dalam memperindah wajah ibu negara.

Anugerah tanda penghargaan terhadap komitmen RTM dalam memperindah wajah ibu negara / Foto DBKL

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan RTM dalam menyokong inisiatif pembangunan bandar lestari, di samping memperkukuh peranannya sebagai institusi penyiaran nasional yang bukan sahaja menyampaikan maklumat, tetapi turut menyerlahkan keindahan dan identiti Kuala Lumpur di mata dunia.

Menara Angkasapuri

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK