fb fb fb fb fb

Anggota polis dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air

Seorang anggota polis berusia 39 tahun dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakan-rakannya di tali air Jalan Utama Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak petang tadi / Foto RTM

KAMPUNG GAJAH, 22 Disember – Seorang anggota polis berusia 39 tahun dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakan-rakannya di tali air Jalan Utama Changkat Lada, di sini, petang tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Abdul Rahman Peie memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.47 petang.

“Mangsa yang merupakan anggota polis di salah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka dipercayai dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi di tali air bersama rakan-rakannya,” katanya menerusi kenyataan.

Pihak bomba kini sedang menjalankan operasi mencari dengan menyusuri tebing di sepanjang tali air.

Kedalaman air di lokasi kejadian dianggarkan mencecah 4 meter.

Usaha mencari mangsa masih diteruskan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN