
KUALA LUMPUR, 17 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 1 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Perak terjejas: Bagan Datuk dan Hilir Perak.
- Pahang terjejas: Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
- Selangor terjejas: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang.
- Negeri Sembilan (Port Dickson), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian) dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang dijangka terjejas ialah Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak), Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson).
Turut terjejas Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan dan Sri Aman.- BERNAMA