fb fb fb fb fb

Amaran hujan lebat berterusan (buruk): Enam negeri, KL & Putrajaya terlibat

Foto Met Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 November - Amaran hujan lebat berterusan kategori buruk dikeluarkan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) bagi enam negeri, selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan cuaca itu dijangka berlaku sehingga Sabtu ini.

Negeri terlibat adalah Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Selangor.

Di Kedah pula, hanya beberapa daerah terlibat termasuklah Kulim dan Bandar Baharu, sementara di Pahang, membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong.

Met Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Selain beberapa daerah di Pahang termasuklah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Johor pula, membabitkan daerah Tangkak dan Segamat.

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR