KUALA LUMPUR, 28 November- Amaran hujan berterusan kategori bahaya dikeluarkan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) membabitkan beberapa kawasan di yang dijangka berlaksu sehingga esok (29 November).
Met Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, antara kawasan yang dijangka terlibat termasuk Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
"Manakala, amaran hujan berterusan tahap buruk pula melibatkan kawasan meliputi (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu) di Terengganu dan (Jerantut dan Kuantan) di Pahangsehingga 29 November 2025" katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, Met Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perak melibatkan kawasan (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Turut terlibat dalam kategori waspada ialah, seluruh Kelantan, beberapa kawasan di Pahang melibatkan (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan), selain Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, serta Jelebu di Negeri Sembilan.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap amaran terkini dan mengikuti perkembangan cuaca melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta saluran media sosial jabatan itu.