fb fb fb fb fb

Amaran angin kencang, laut bergelora di perairan negara hingga Sabtu depan

Foto hiasan/BERNAMA

PETALING JAYA, 17 Disember- Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama membabitkan kawasan perairan Sabah Timur yang berbahaya kepada kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut hingga Sabtu depan (23 Disember)

Menurut facebook METMalaysia, bagi Seksyen A iaitu perairan Malaysia, amaran tersebut membabitkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m).

"Bagi Seksyen B untuk perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua. Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang, barat Palawan sehingga 23 Disember 2023 ( Sabtu).

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Bagi Seksyen B, untuk perkapalan juga amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melibatkan beberapa kawasan perairan.

"Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan selatan Condore, selatan Reef North, Labuan, timur Palawan, Sulu sehingga Sabtu, 23 Disember 2023", katanya.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan rekreasi laut.

ROSLINA BINTI DIN