fb fb fb fb fb

Aliran trafik terkawal, hanya beberapa kawasan alami kesesakan

(Aliran trafik lancar setakat tengah hari)

GOMBAK, 8 Mei-Aliran trafik dari arah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Plaza Tol Gombak menyaksikan kenderaan semakin meningkat, namun keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya masih lagi terkawal.

Namun, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan kenderaan yang melalui plaza tol ini dari pantai timur akan meningkat sehingga lewat malam ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan dari timur ke Lembah Klang, kesesakan sepanjang 21 kilometer berlaku dari Karak hingga Bukit Tinggi.

Penunggang motosikal disarankan untuk menggunakan lorong yang dikhaskan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Pengguna lebuh raya dinasihati merancang perjalanan serta mengikuti perkembangan terkini menerusi laman sosial ataupun laman twitter LLM dan juga syarikat konsensi lebuhraya pantai timur ANIH BERHAD.

Perkembangan terkini dari masa ke semasa akan dikemaskini menerusi laporan serta info-info trafik.

(Trafik setakat tengah hari masih lancar, namun dijangka mencatat peningkatan kenderaan menjelang tengah malam ini)

Selain itu pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk memriksa kenderaan dan turut memastikan kad tambah nilai mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Tol percuma PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang bermula tengah malam semalam akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Laporan wartawan Berita RTM,Siti Aishah Che Pi.

Media Baharu