PANTAI MERDEKA, 8 Januari-Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membantu lebih ramai nelayan di negara ini untuk menceburi bidang akuakultur bagi meningkatkan bekalan hasil laut tempatan sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, inisiatif itu selaras dengan sasaran kerajaan memastikan industri akuakultur tempatan menyumbang 40 peratus daripada bekalan ikan nasional menjelang tahun 2030.
Katanya usaha itu juga akan membantu kerajaan dalam menstabilkan harga makanan laut berikutan bekalan semakin meningkat.
"Nelayan tidak boleh bergantung kepada sumber laut dan perlu berkecimpung dalam bidang akuakultur. Kerana ia satu bidang yang menjanjikan pulangan yang baik.
"Kita usaha untuk mencapai agenda "Food Security" ataupun keterampilan makanan.
"Akuakultur merupakan bidang yang cukup penting dalam usaha kerajaan menghasilkan bekalan makanan laut yang cukup. tahun 2030 iaitu kira-kira 40 peratus", katanya demikian selepas melawat tapak projek sistem penternakan akuakultur spesies udang Vannamei yang juga dikenali sebagai Udang Putih Pasifik atau Udang Raja di Pantai Merdeka di sini.
Jelasnya, projek berkonsepkan sistem pintar yang lebih lestari atau dikenali sebagai Sustainable Smart Aqua Farming Systems (SAFS) diusahakan oleh syarikat swasta di tanah milik LKIM.
Projek seumpama itu akan diperluaskan di seluruh negara di kawasan tanah milik LKIM seperti di Bukit Malut Langkawi, Badong Pahang, Setiu, Terengganu dan lain-lain.