Akta Keterjaminan Makanan Negara dijangka dibentang tahun depan

Foto FB Mohamad Sabu

KLANG, 20 Jun – Akta Keterjaminan Makanan Negara dijangka dibentangkan di Parlimen tahun hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Akta sedang digubal dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
  • Bertujuan memastikan kestabilan dan keterjaminan bekalan makanan negara.
  • Perlu disegerakan susulan ancaman El Nino dan perubahan iklim yang mengancam pengeluaran makanan tempatan.
  • Mengandungi sistem amaran awal, pelan kesiapsiagaan automatik dan mekanisme penyaluran bantuan lebih berkesan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggubalan akta berkenaan yang antara lain bertujuan memastikan kestabilan bekalan makanan negara kini sedang diperincikan sebelum dapat dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Akta Keterjaminan Makanan kita sedang gubal sekarang dan ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, dan kita sedang bincang, Insya-Allah tahun depan akan dikemukakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Road To MAHA 2026 Zon Tengah, di sini hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad berkata perkara itu perlu disegerakan bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin susulan ancaman fenomena El Nino dan perubahan iklim yang berisiko mengancam sektor pengeluaran makanan tempatan.

Beliau berkata akta itu berupaya memastikan negara mempunyai sistem amaran awal, pelan kesiapsiagaan automatik serta mekanisme penyaluran bantuan, yang lebih berkesan kepada sektor pengeluaran makanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.