fb fb fb fb fb

Aidiladha: JPJ Negeri Sembilan tumpu sembilan kesalahan utama

SEREMBAN, 28 Jun- Seramai 110 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan ditugaskan pada Operasi Penguatkuasaan Khas Sempena Hari Raya Aidiladha (HRAA).

Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Sairin Dula @ Sabdullah berkata ia berkuat kuasa semalam hingga hari ini dan 1 hingga 2 Julai ini. 

"Operasi dibuat untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan ke atas pemandu yang gagal mematuhi peraturan dan mengurangkan risiko kemalangan di musim perayaan. 

"Sembilan kesalahan utama diberi fokus pada operasi kali ini dan antaranya adalah kegagalan mematuhi had laju, tidak patuh lampu isyarat serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, JPJ menasihatkan orang awam untuk sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan ketika di jalan raya.


(Operasi dibuat untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan ke atas
pemandu yang gagal mematuhi peraturan dan mengurangkan risiko
kemalangan di musim perayaan)

Media Baharu