fb fb fb fb fb

AI untuk rakyat berupaya rapat jurang literasi digital

Rafizi Ramli

SERDANG, 16 Januari- Pelancaran program Kecerdasan Buatan, AI Untuk Rakyat berupaya merapatkan lagi jurang literasi digital dan pemahaman program itu dalam kalangan rakyat kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

AI Untuk Rakyat adalah satu lagi inisiatif yang menyediakan pemahaman asas mengenai teknologi itu bagi membuka peluang memperdalam pengetahuan teknologi dalam dunia digital.

"Bagi golongan pelajar, program ini dapat memberikan gambaran asas tentang dunia AI yang bertujuan untuk menarik minat mereka menceburi dan seterusnya membina kerjaya dalam sektor ini.

"Bagi golongan lain pula, program ini dapat memberikan fahaman asas tentang AI agar kita lebih faham yang ia adalah sebuah teknologi yang boleh membawa manfaat yang besar kepada kita sebagai individu," katanya kepada pemberita selepas peluncuran program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Dengan memanfaatkan peluang itu, Malaysia mampu membina ekonomi digital yang kalis masa hadapan dan membolehkan negara menjana nilai yang lebih tinggi di persada dunia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI