fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid ucap takziah kepada Arthur sekeluarga

Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Arthur Joseph Kurup/FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 17 April- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup serta keluarga atas pemergian Tan Sri Joseph Kurup, yang meninggal dunia hari ini.

Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada Arthur sekeluarga dalam menghadapi ujian itu.

“Semoga segala kenangan dan kasih sayang yang dikongsi bersama sahabat baik saya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, menjadi kekuatan keluarga dalam detik duka ini. Saya berharap agar semangatnya terus hidup dalam hati kita.

“Mendiang merupakan seorang rakan yang pernah berada bersama dalam Kabinet, seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang. Pemergian beliau pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat saya dan rakan-rakan seperjuangan,” katanya.

Mendiang Joseph yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada usia 79 tahun.

Mendiang dijadual dibawa pulang ke Sabah esok.


ARTIKEL BERKAITAN

PM ucap takziah kepada keluarga Joseph Kurup

SITI AISHAH MD ISA