fb fb fb fb fb

Agong berkenan hadir doa selamat di Masjid Negara

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (tengah) berkenan tiba di Masjid Negara petang ini

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, di sini hari ini.

Seri Paduka baginda tiba di Masjid Negara pada pukul 5.15 petang bersempena istiadat pertabalan baginda yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka baginda turut diiringi barisan pemimpin tertinggi Kerajaan Perpaduan.

Majlis yang dihadiri lebih 2,000 barisan jemaah itu dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj Ehsan Mohd Hosni.

Selesai majlis, Seri Paduka Baginda dan Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis sekitar pukul 5.50 petang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta tetamu kehormat yang lain.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Naim Mokhtar.

SITI AISHAH MD ISA