fb fb fb fb fb

Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis

Abu Bakar merupakan Timbalan Pengerusi PN Perlis. /Foto BERNAMA

ARAU, 28 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu, hari ini.

Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan yang berlangsung pada pukul 4.04 petang.

Pelantikan itu susulan pengunduran Menteri Besar sebelum ini, Mohd Shukri Ramli yang dibuat atas faktor kesihatan.

Ini sekali gus membuka laluan kepada kepimpinan baharu bagi menerajui pentadbiran negeri.

Abu Bakar merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis serta Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti 1,254 undi.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN