KUALA LUMPUR, 12 November- Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan beliau akan menjadi seorang daripada ahli panel dalam program 'Dialog Pulangkan Najib' yang akan diadakan di Melaka malam ini.
Abdul Hamid berkata tindakan pihak tertentu menyebarkan poster iklan tersebut adalah satu pembohongan dan tidak bertanggungjawab.
"Saya tidak mengetahui akan dialog tersebut dan tidak pernah bersetuju untuk hadir sebagai panel atau dalam apa kapasiti pun," kata Abdul Hamid menerusi kenyataan.
Dalam pada itu, Abdul Hamid menuntut agar pihak berkaitan menarik balik poster iklan tersebut dan meminta maaf kepadanya.