fb fb fb fb fb

86.45% peminjam bayar balik PTPTN

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Sebanyak 86.45 peratus peminjam 86.45% peminjam bayar balik (PTPTN) telah mula membayar balik pinjaman, walaupun sebahagiannya mempunyai tunggakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud. 

Sehingga 31 Disember lalu, 1.04 juta peminjam telah melunaskan hutang sepenuhnya, sementara 585,638 peminjam membayar secara konsisten tanpa tunggakan.

"Secara keseluruhannya, seramai 86.45 peratus peminjam telah pun mula membayar balik pinjaman mereka walaupun dengan tunggakan dan hanya 13.55 peratus peminjam sahaja yang belum pernah membayar balik pinjaman mereka," katanya di Dewan Negara di sini.

Jelasnya, terdapat lebih 817,000 peminjam membayar secara tidak konsisten.

Sementara lebih 383,000 peminjam langsung tidak pernah membuat bayaran balik.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM