KUALA LUMPUR, 10 Mac- Sebanyak 4.89 juta hektar kawasan sawit di Malaysia telah memperoleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat Disember tahun lalu.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata ia bukti komitmen kerajaan meningkatkan kredibiliti serta keterlihatan minyak sawit mampan Malaysia di pasaran antarabangsa.
Ini sekali gus, memastikan pematuhan terhadap peraturan global yang semakin ketat, seperti European Union Deforestation-free Regulation (EUDR).
"MSPO 2.0 berupaya menyediakan maklumat yang relevan untuk pemeriksaan usaha wajar seperti yang diperlukan terhadap minyak sawit dan produknya. Hasil kajian ini juga memberi panduan untuk penyesuaian pensijilan MSPO dalam memenuhi keperluan maklumat tambahan EUDR", katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datin Ros Suryati Alang pada sesi Dewan Negara.