80 usahawan belajar elak scam online

Foto RTM

AMPANG, 11 Mei – Kira-kira 80 usahawan menyertai Program Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) menerusi Platform Selangor (PLATS), bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan digital dalam kalangan peniaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program tingkatkan kesedaran keselamatan digital untuk peniaga hadapi cabaran perniagaan digital.
  • Pengarah SKMM: usahawan berdepan ancaman jenayah siber termasuk penipuan dalam talian yang mengancam operasi dan kewangan.
  • Inisiatif ini memastikan peniaga lebih peka, berwaspada dan bersedia menghadapi risiko penipuan digital.

Program yang berlangsung di The Campus, Ampang itu memberi tumpuan kepada aspek penggunaan internet secara lebih selamat, khususnya dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan digital yang semakin berkembang.

Menurut Pengarah SKMM Selangor, Amal Abdul Aziz, usahawan kini berdepan pelbagai ancaman jenayah siber termasuk penipuan dalam talian yang boleh memberi kesan besar kepada operasi serta kewangan perniagaan.

“Pendedahan melalui program seperti ini amat penting bagi memastikan peniaga lebih peka, berwaspada dan bersedia menghadapi risiko penipuan digital yang semakin kompleks,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kempen Internet Selamat di The Campus Ampang, di sini.

Program berkenaan dilihat sebagai salah satu usaha berterusan untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan digital di Selangor, di samping memastikan usahawan tempatan tidak mudah menjadi mangsa jenayah siber.