fb fb fb fb fb

79 pegawai RELA dianugerahkan Diploma, Sijil Kemahiran Malaysia

Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman

AYER KEROH, 20 Oktober - 79 pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Menurut Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman berkata menerusi pensijilan itu, agensi penguatkusaan kini mempunyai pakar rujuk daripada kalangan mereka sendiri.

Selain, melahirkan pakar rujuk dalam kalangan mereka, malah dapat melatih anggota ke peringkat profesional seiring dengan keperluan semasa.

Pensijilan itu juga antara inisiatif untuk meningkatkan keyakinan agensi dan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan.

"Latihan yang dibuat ini berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran mereka,

"Mereka ini berpengalaman serta dinilai oleh pakar-pakar daripada Universiti Teknikal Melaka,

"Selain, diiktiraf berdasarkan kepakaran mereka dalam aspek teknikal terutamanya berkaitan dengan RPC kawalan perimeter dan juga berkaitan dengan senjata api," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Apresiasi Graduan dan Penganugerahan Kecemerlangan 2024 di UTeM.

Seramai 15 pegawai menerima Pensijilan SKM Tahap 3 dalam bidang Kejurulatihan Taktikal Senjata Api, 15 pegawai dalam bidang Pentadbiran Pejabat, 39 pegawai dalam bidang Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.

Manakala, 12 pegawai bagi Pensijilan DKM menerusi  bidang Pengurusan Pentadbiran dan  34 pegawai dalam bidang Pengurusan Operasi Sekuriti.

Trainee2