fb fb fb fb fb

763 dikurnia pingat, darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Datuk Nazran Muhammad (tengah) menunjukkan buku senarai penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-55 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, pada Jumaat/Foto RTM

KOTA BHARU, 27 September – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan mengurniakan pingat dan darjah kebesaran negeri kepada 763 penerima sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-55, di Istana Balai Besar, esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad, berkata 36 individu bakal menerima anugerah kehormatan yang membawa gelaran Datuk.

"Sultan Muhammad V telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang, dan surat pujian kepada 763 penerima seperti yang telah ditetapkan.

"Selain itu, baginda turut melantik tiga individu sebagai Jaksa Pendamai sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 tahun 2024," kata beliau kepada pemberita pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini, pada Sabtu.

Menurut Datuk Nazran, pelbagai program lain turut diadakan sebagai sebahagian daripada sambutan istiadat kehormatan, termasuk Pesta Taman, Pesta Air Negeri Kelantan, Pesta Flora, dan Kelantan Mountain Bike Challenge.

Turut hadir ialah Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dan Ketua Istiadat Kelantan, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Mamat Ariffin Abdullah.

GRACE AISYAH KEDAYAN