fb fb fb fb fb

761 individu terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Foto RTM

KOTA BHARU, 13 Mei - Seramai 761 individu menerima Darjah, Bintang dan Pingat kebesaran negeri Kelantan bagi tahun 2023 kali ke-2 sempena perayaan ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke 54.

Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat yang diadakan Istana Balai Besar, Kota Bharu itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Pada sesi pertama hari ini, seramai 351 individu menerima pingat dan darjah kebesaran masing-masing; di dahului Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Mohd Azli Abdul Kadir dan Timbalan Pengarah (Infrastruktur & Aset) Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr Mohamad Ashraf Mohamad Daud.

Kedua-dua mereka menerima Darjah Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K). Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat akan di teruskan esok (Selasa) melibatkan 410 individu.

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat.

Hadir mengiringi baginda, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD