fb fb fb fb fb

71 pelajar sekolah rendah dan menengah masih ditempatkan di tiga PPS di Melaka

TANJUNG MINYAK, 10 Januari - Seramai 71 pelajar sekolah rendah dan menengah masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Melaka.

Sekolah yang masih dijadikan PPS ialah SMK Sungai Rambai, SK Parit Penghulu dan SK Seri Mendapat di Daerah Jasin.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri, Datuk Rais Yasin, pelajar yang ditempatkan di PPS diharap dapat menjalani sesi pengajian dan pembelajaran, (PdPR) di rumah, sebelum dapat belajar secara fizikal.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sesi persekolahan dan mengedarkan pelitup separuh muka di SK Tanjung Minyak dan SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng.

Dalam pada itu, pihaknya kini sedang mengenal pasti pelajar yang kehilangan buku teks akibat bencana itu.

Seramai 85,136 pelajar sekolah rendah dan 65,219 pelajar sekolah menengah di Melaka memulakan sesi persekolahan hari ini.

Media Baharu