fb fb fb fb fb

70% projek di Sarawak boleh dilaksana tanpa rujuk kerajaan Persekutuan

SIBU, 6 Januari- Lebih kurang 70% projek persekutuan kini boleh dikendalikan oleh kerajaan Sarawak sendiri tanpa merujuk kepada kerajaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini selepas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas yang membenarkan pelaksanaan mana-mana projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, projek yang berada dalam lingkungan kos tersebut merangkumi sekolah, klinik, balai bomba dan projek-projek luar bandar lain dapat dijalankan oleh JKR negeri Sarawak.

Keputusan tersebut katanya amat bermakna kepada Sarawak dalam usaha mempercepatkan pembangunan terutama di kawasan luar bandar.

“Inilah kedudukannya apabila kita dapat bersama membentuk kerajaan dan suara kita didengar dan yang penting GPS (Gabungan Parti Sarawak) itu diiktiraf peranannya dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap pada Malam Mesra GPS 2023 di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor di sini malam ini.- BERNAMA

(Bendera Sarawak)

Media Baharu