fb fb fb fb fb

70 peratus pesakit mental tidak dapat rawatan sewajarnya

KUALA NERUS, 24 Julai- Tekanan mental dipercayai menjadi antara faktor utama sesetengah individu bertindak tidak rasional dan kurang pertimbangan sehingga sanggup melakulan sesuatu di luar kewarasan.

Menurut Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Rozanizam Zakaria, satu pertiga daripada rakyat Malaysia mempunyai masalah berkait dengan kesihatan mental.

Jelas beliau, lebih parah apabila 70 peratus yang mengalaminya tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Dr. Rozanizam berkata, penyakit mental boleh dirawat dengan kaedah seperti terapi dan pengambilan ubat.

Sehubungan itu, individu terlibat perlu dikenal pasti untuk mendapatkan rawatan.

"Sebahagian besarnya adalah isu mereka ada penyakit mental dan tak dapat rawatan, kalau dapat rawatan sebenarnya tak akan timbul isu penyakit mental yang bersifat ganas dan sebagainya.

Isunya sekarang ini adalah apabila pesakit tak dapat rawatan, keluarga tak bawa dan biarkan sahaja di rumah, ini cabaran kami dalam bidang ini," katanya pada Majlis Perasmian Seminar Psikologi Kesihatan Hentikan Buli Peringkat negeri Terengganu di sini.

(Dr. Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM)

Majlis disempurnakan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong.

Seminar yang melibatkan 200 peserta dari pelbagai latar belakang termasuk pelajar itu bertujuan memberi kesedaran tentang budaya buli yang perlu dihentikan.

Media Baharu