fb fb fb fb fb

FELCRA Berhad umum keuntungan projek berjumlah RM183 juta

NEGERI SEMBILAN, 7 April - Seramai 68, 437 peserta Felcra Berhad di seluruh negara akan menerima agihan Keuntungan Boleh Agih Akhid Projek Peserta 2022 yang berjumlah RM182.7 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini sekali gus membantu meringkan beban mereka untuk menyambut Aidilfitri.

Jumlah tersebut melibatkan 616 projek untung dan prestasi bayaran akhir itu dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah, kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum dikuatkuasakan kerajaan.

"Jumlah agihan keuntungan tahunan projek peserta FELCRA Berhad 2022 telah meningkat kepada RM501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54% atau RM 26,349,354.

"Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini," katanya sewaktu berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran dan Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jelebu di Simpang Pertang di sini malam tadi.

(Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek kepada wakil Wilayah Felcra
di Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan/FOTO FB MB Negeri Sembilan)

Tambahnya, langkah berkenaan dapat membantu peserta melalui pelbagai program keusahawanan selain mampu memberi pendapatan sampingan lumayan kepada peserta.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyampaikan replika cek agihan keuntungan itu kepada wakil-wakil Wilayah Felcra di seluruh negara selain menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pusat-pusat tahfiz di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang.



Media Baharu