fb fb fb fb fb

6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

FOTO FAIL

KUCHING, 9 Mac - Seramai 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan, kata Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan.

Katanya, penempatan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sarawak.

"Kita akan maklumkan penempatan ini dari semasa ke semasa di seluruh negara, untuk Sarawak juga kita akan ambil kira," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), di sini.

Azman berkata demikian semasa mengulas isu kekurangan lebih 2,000 guru di Sarawak ketika ini dan yakin masalah itu boleh diatasi.

Beliau berkata setakat Disember 2023, sejumlah 1,100 guru baharu telah ditempatkan di Sarawak yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta.

TETITIA YUSOFF