fb fb fb fb fb

488 unit RIBJ siap dibina dan diserah kepada pembeli

JOHOR BAHRU, 27 April - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) di Bandar Datuk Onn, Johor Bahru kepada 488 penerima di negeri itu.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Melalui kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan kerajaan negeri dua projek RIBJ dibangunkan di Bandar Datuk Onn dan Bandar Baru Majidee bagi meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat Johor.

(Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan penyerahan kunci RIBJ hari ini)

Inisiatif YSIJ ini berperanan membantu bangsa Johor terutamanya mereka dalam golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.

"Saya rasa sangat gembira dan banggalah, mohon pada 2019," kata penerima Teow Chiu Yen.

"Bersyukur sangat sebab saya memnag belum ada rumah lagikan untuk anak-anak dan suami. Persiapan memang sudah ada dan sebaik diberitahu saya lulus, kami bersedia awal untuk rumah pertama kami," menurut penerima Siti Mariam Ibrahim.

Bagi kedua-dua projek berkenaan, 808 unit rumah mampu milik berjaya disiapkan dengan keluasan pembangunan hampir 59 ekar di bawah skim RIBJ.

Media Baharu