fb fb fb fb fb

39 inisiatif strategik dilaksana setakat suku pertama 2025

39 inisiatif strategik telah digerakkan Kerajaan Johor setakat suku pertama tahun ini

JOHOR BAHRU 5 Mei- Kerajaan Johor menggerakkan 39 inisiatif strategik, termasuk 13 inisiatif dalam sektor perumahan bernilai RM216.98 juta, setakat suku pertama tahun ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ia melibatkan pembinaan dan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), Rumah Transit Bangsa Johor dan Rumah Kasih Johor (RKJ).

"Sebanyak 2,071 unit RMMJ telah disiapkan setakat Mac lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 21,085 unit RMMJ telah dibina, iaitu 70 peratus daripada sasaran 30,000 unit RMMJ menjelang 2026," katanya.

Menurut beliau, bagi memperluaskan keterangkuman pemilikan rumah, pihaknya turut memperkenalkan Program Rumah Prihatin Johor (RPJ) berharga RM86,000 seunit.

Katanya, sebanyak RM39.15 juta juga dibelanjakan, bagi 64 kerja baik pulih di12 Projek Perumahan Rakyat dan tujuh Rumah Seri Kenangan.

"Selain itu, 4,479 unit rumah pangsa awam di Johor Bahru terlibat dengan program rejuvenasi, membabitkan nilai RM10 juta.

"Inisiatif baik pulih rumah daif pula telah memanfaatkan 680 keluarga di seluruh negeri, melibatkan peruntukan RM12.45 juta," katanya.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello